Super Spontan Superstar 2016 akhirnya menutup tirainya malam ini. Tahniah diucapkan kepada pelawak popular Johan yang merupakan anggota kumpulan Monyet Mafia kerana dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016.

keputusan-penuh-final-super-spontan-superstar-2016

Berikut adalah keputusan penuh final Super Spontan Superstar 2016…

Selaku juara, Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sebagai makluman, Johan sebelum ini pernah muncul sebagai juara Super Spontan 2014.‎

Tempat kedua pula dimenangi oleh Abam Bocey dan beliau berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara Achey yang terselamat daripada penyingkiran baru-baru ini dikedudukan ketiga dan habuannya adalah hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Finalis wanita pertama di Super Spontan…

Fad pula ditempat keempat. Ozlynn yang merupakan finalis wanita pertama di Super Spontan Superstar dikedudukan kelima dan Tauke tempat keenam. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan enam peserta Ozlynn, Fad, Abam, Tauke, Johan dan Achey berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Pentas akhir Super Spontan Superstar 2016 yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang turut menampilkan Ayda Jebat, Zizan Razak, Black dan Tomok sebagai artis jemputan.

Selain itu ia turut menampilkan pelakon dan penerbit popular Hans Isaac sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.