Tentera (ATM) kembali merampas takhta Liga Perdana daripada Pahang apabila mengatasi USM FC, 4-0 dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. Sebaik aksi separuh masa pertama dimulakan, Tentera dilihat lebih banyak menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang USM yang dikawal Mohd Al-Hafiz Hamzah namun gagal menemui sasaran.

Begitupun, pada minit ke-33 kesungguhan tuan rumah akhirnya berhasil apabila penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak bijak menolak masuk ke dalam gawang untuk memecah kebuntuan. Selang empat minit, larian solo kapten Tentera, Hairuddin Omar meletakkan pasukannya selesa 2-0 di depan dan kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, USM yang dibimbing S Valoo, cuba tampil lebih garang namun serangan yang dihasilkan mudah dipatahkan barisan pertahanan Tentera dan penjaga gol, Farizal Harun. Tentera yang banyak bertahan di babak kedua, menceriakan kira-kira 2,000 penyokong apabila Christie Jayaselan menjaringkan gol ketiga selepas merembat kencang bola hantaran lintang Vanice Elphi dari sebelah kanan pintu gol USM. Vanice turut menjadi pencetus jaringan keempat Tentera selepas hantarannya dari sebelah kiri ditanduk masuk A Varanthan pada minit ke 88 untuk melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan B Sathianathan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.