Perlawanan antara Manchester United vs Everton 22 April 2012 baru sahaja tamat. Memang mengujakan dan penuh debaran. Aksi yang menarik dari kedua-dua pasukan menjelmakan 8 gol pada malam ini. Everton terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila Jelavic berjaya menanduk masuk gol pada minit ke-3. Namun Rooney berjaya menyamakan kedudukan pada minit 41.

Aksi pada separuh masa kedua makin menarik apabila Welbeck berjaya membuat satu jaringan cantik pada minit 57 untuk menumpaskan Howard. United terus mengganas dan memperoleh gol ketiga menerusi Nani hasil gerakan cantik pada minit 60. Fellaini berjaya merapatkan jurang pada minit 67 namun Rooney menjaringkan gol keduanya malam ini pada minit ke 69. United nampak seperti selesa dengan kedudukan 4-2 namun Everton memang tak mudah mengalah.

Jelavic sekali lagi berjaya merobek gawang United apabila menyempurnakan peluang hasil kekalutan dalam kotak penalti United. Perlawanan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Benteng United tampak goyah sejak gol ketiga Everton dan Pienaar menambah duka United apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 85. Kedudukan 4-4 kekal sehingga tamat perlawanan.

KEPUTUSAN PENUH

MANCHESTER UNITED     [4]   vs   [4]     EVERTON


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.