Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Euro 2012 – Sepanyol vs Itali | Sepanyol mempertahankan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine. Kejayaan menumpaskan Itali dengan jumlah jaringan yang agak besar memang mengejutkan banyak pihak. Namun itulah hakikatnya, kelebihan rekod sebelum ini bukan penentu pada sebarang perlawanan.

Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41 selepas menerima lorongan cantik dari tengah oleh rakan sepasukan. Jordi Alba diberitakan akan menyertai Barcelona musim hadapan selepas dibeli dari Velencia.

Itali yang gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar. Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya pemain tengah Chelsea, Juan Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84. Sepanyol berjaya menjulang trofi Euro 2012!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.