Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 24 Mac 2012 sudahpun tamat. Dengan beberapa pasukan memiliki bekal selesa untuk ke Suku Akhir Kedua pada 27 Mac 2012 ini namun Kedah perlu lebih tenaga untuk cuba mencari gol di Kuala Terengganu nanti berdepan ribuan penyokong T-Team. Analisa ringkas perlawanan ada dibawah.

KL SPA FC   [0]   vs   [3]   KELANTAN

Kelantan berjaya mengutip 3 gol berharga apabila gah menumpaskan pasukan KL SPA FC yang telah mencipta sejarah tersendiri mara ke saingan suku akhir Piala FA 2012. Gol Kelantan diperoleh menerusi jaringan kaptennya, Badri Razi (Piya) pada minit 45. Aksi separuh masa kedua Kelantan terus mengasak untuk mencari bekalan selesa ke Kota Bharu dan Norfarhan berjaya menjaringkan 2 gol pada minit 56 dan 81. KL SPA FC kini perlu berdepan Kelantan di Kota Bharu pada 27 Mac 2012 ini.

TERENGGANU   [1]   vs   [0]   LIONS XII FC

Kegagalan bintang import Terengganu memanfaatkan beberapa peluang berharga menyebabkan jagoan pantai timur ini hanya ada bekalan 1 gol sahaja untuk bertandang ke Stadium Jalan Besar Singapura pada 27 Mac 2012 ini. Lions XII FC ternyata berjaya mengekang asakan serangan Terengganu namun kehilangan seorang pemain akibat kad merah sedikit menjejaskan keutuhan benteng pertahanannya. Joseph Kalang Tie menghukung kealpaan Lions apabila merembat jauh dari luar kotak penalti untuk Terengganu menang 1-0.

KEDAH   [0]   vs   [0]   T-TEAM FC

Aksi cukup sengit berlangsung di Stadium Darul Aman. Kedah dan T-Team yang saling mengasak namun kegagalan menjaringkan gol menyebabkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Sudah tentu sesuatu yang amat sukar buat Kedah untuk cuba menembusi gawang T-Team di Kuala Terengganu nanti. Apapun kini peluang keduanya masih terbuka dan T-Team pasti mahu menang dihadapan penyokong sendiri pada 27 Mac 2012 ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.