Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Bola Sepak Sabah vs Perak Sukma Pahang 14 Julai 2012 | Sabah berjaya memperoleh pingat emas acara bola sepak setelah berjaya mengalahkan Perak dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Darul Makmur semalam.

Perlawanan antara Sabah lawan Perak kekal tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan dan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan. Sabah memperoleh gol pertama menerusi Zulmansshah bin Aling pada minit 92 sebelum Leopold Alfonso Otong menambah jaringan pada minit 97. Penyerang muda kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman menambah derita Perak dengan gol ketiga pada minit 102. Dengan ini Perak sekadar memperoleh pingat Perak setelah kalah 3-0 kepada Sabah.

Bagi penentuan tempat ketiga pula, Wilayah Persekutuan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan 2-1. Gol tunggal Negeri Sembilan dijaringkan oleh Khairul Ridzwan pada minit ke 15. Manakala gol Wilayah Persekutuan disumbangkan oleh Muhammad Ammar pada minit 59 dan gol kemenangan mereka adalah dari Syazuan pada minit 90+3. Wilayah Persekutuan berjaya pulang membawa pingat gangsa.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.