Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 Diumum 18 Mac 2013 | Rasanya adik-adik yang menduduki peperiksaan STPM 2012 sudah tidak sabar menunggu keputusan peperiksaan mereka. Untuk makluman sekalian, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin ini, 18 Mac 2013.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Semakan Keputusan STPM 2012 Secara Online dan SMS:

keputusan_peperiksaan_stpm_2012

Calon STPM 2012 boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888. Keputusan STPM 2012 juga boleh diperoleh disemak secara online dengan melayari laman web MPM di www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

INFO LANJUT : SEMAKAN ONLINE DAN SMS KEPUTUSAN STPM 2012


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.