Keputusan undian dan jadual Piala Asia 2019! Semalam berlangsungnya undian pusingan kelayakan Piala Asia 2019. Lihat kepada keputusan undian berkenaan, misi skuad Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 nampak agak hampir mustahil.

Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas getir apabila bakal berdepan Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 yang bermula pada 28 Mac 2017 ini.

Keputusan undian dan jadual Piala Asia 2019…

Untuk makluman anda, Malaysia bersama 23 negara lain akan beraksi dalam pusingan Kelayakan untuk merebut slot ke pusingan akhir Piala Asia 2019 yang akan dilangsungkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Memetik laporan Stadium Astro, aksi perlawanan kelayakan ini juga bakal menjadi indeks prestasi utama (KPI) kedua buat Kim Swee selepas Harimau Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF di Yangon, November lalu.

Jadual perlawanan akan menyusul…. [KEMASKINI]

Misi mustahil…

Sebagai makluman tambahan, salah satu slot pusingan akhir Piala Asia 2019 sudah pun ditempah oleh pasukan tuan rumah, UAE.

Manakala 11 slot lagi telah di isi oleh juara bertahan Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand dan Uzbekistan yang akan turut terus bertarung bagi tiket ke pusingan akhir Piala Dunia Russia 2018.

Peranan ketua jurulatih dan pemain…

Masa semakin suntuk. Kini, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2019. OKS perlu menilai sebaiknya pemain yang ada. Berdepan Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong bukannya tugas mudah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.