Sebelum ini kerajaan persekutuan telah mengumumkan ‘bonus raya‘ untuk penjawat awamnya sebanyak RM500 dan RM250 kepada pesara kerajaan. Terbaru, kerajaan negeri Kelantan turut memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada kira-kira 6,000 kakitangan kerajaan negeri serta pencen RM250 kepada pesara kerajaan yang menerima pencen. Untuk itu, kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta bagi pembayaran berkenaan.

Selain itu sempena Aidilfitri, kerajaan negeri bersetuju mengehadkan had laju kenderaan bagi semua jalan negeri daripada 80km/j kepada 70km/j untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya terus berkurangan ketika perayaan. Had laju itu akan berlangsung selama 18 hari bermula esok (hari ini).

Datuk Ahmad Yakob

Kerajaan negeri juga bersetuju semua kenderaan berat seperti yang mengangkut kayu balak dan bahan kuari hendaklah berhenti beroperasi iaitu selama lima hari sebelum perayaan dan lima hari lagi selepasnya kecuali kenderaan yang membekalkan makanan.

Kerajaan negeri juga memutuskan semua kakitangan awamnya terutama suami isteri akan ditempatkan berhampiran kediaman mereka. Kerajaan negeri tidak mahu suami bekerja di Kota Bharu tetapi isteri kerja di Kuala Krai. Jadi melalui yang diputuskan ini, kerajaan akan berusaha menempatkan mereka dalam suatu kawasan yang berhampiran.

p/s: Alhamdulillah.. syukur…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.