Kerana Langgar Syarat, Maxis, Digi Dan Celcom Didenda RM190,000 | Kerana telah melanggar syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tiga syarikat telekomunikasi utama tempatan dikompaun RM190,000

Menurut laporan yang ammboi baca, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) denda syarikat berkenaan kerana melanggar syarat lesen mereka, terutama berkaitan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus. Kompaun itu dikeluarkan oleh SKMM berdasarkan hasil ujian dijalankan suruhanjaya itu di beberapa lokasi di negara ini.

skmm

  • DiGi Telecommunications Sdn Bhd dikompaun RM100,000 bagi empat kesalahan berasingan.
  • Celcom Axiata Bhd dikompaun RM60,000 untuk tiga kesalahan.
  • Maxis Mobile Services Sdn Bhd dikompaun RM30,000 kerana dua kesalahan.

SKMM kini sedang menjalankan lebih banyak ujian di seluruh negara bagi mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi di negara ini. Syarikat telekomunikasi diberi masa dan peringatan mencukupi untuk menyelesaikan aduan diterima daripada pelanggan mereka mengenai peningkatan kejadian panggilan terputus sejak kebelakangan ini.

p/s: Bagaimana pula dengan ASTRO? Bila hujan jer dah xde line…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.