Apa kes? Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang lelaki bertindak seperti orang hilang akal apabila tergamak menendang perut isterinya yang sedang hamil lapan bulan, dalam satu kejadian, awal pagi kelmarin di Kuala Terengganu.

Memetik sumber berita Sinari Harian, kejadian berlaku di kediaman pasangan itu iaitu berhampiran sebuah sekolah menengah di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.15 pagi, ketika mangsa berusia 21 tahun dipercayai sedang berehat sebelum berlaku perselisihan faham dengan suaminya itu.

Menurut sumber, pada awalnya pasangan itu hanya berbual biasa sebelum berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan suspek berusia 20-an tiba-tiba naik angin.

“Dalam pertengkaran itu, suspek gagal mengawal emosinya sehingga tergamak bertindak agresif menyepak perut isterinya tanpa mengendahkan mangsa yang ketika itu sedang hamil lapan bulan. Kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila dia bertindak memukul pergelangan tangan mangsa tanpa menghiraukan mangsa yang ketika itu sedang mengerang kesakitan,” katanya.

Jelas sumber lagi, selain bengkak dan kebas di pergelangan tangan, tindakan kasar suspek itu turut menyebabkan mangsa sakit di perut.

“Difahamkan sebelum ini, suspek sudah banyak kali memukul mangsa setiap kali berlaku perselisihan faham yang kebanyakannya hanya berpunca daripada hal-hal kecil dan remeh,” katanya.

Katanya lagi, mangsa yang tidak tahan menjadi tempat suspek melepaskan geram amarahnya selain bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang nekad membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

suami pukul isteri hamil 8 bulan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera, lapor Sinar Harian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.