Oh, nampaknya malang terus menimpa Farah, yang merupakan pasangan kes khalwat aktor Shah Jaszle. Setelah namanya tercemar, dia pula diserang dan terbaru Farah atau nama sebenarnya Farah Nurizzati telah diarahkan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas Shah Jaszle datang menyerang di tempat kerjanya baru-baru ini.

farah diarah letak jawatan

Untuk makluman anda, menerusi penjelasan Shah Jaszle sebelum ini dia mendakwa Farah ada seorang kru produksi, namun sebenarnya Farah merupakan seorang pekerja di sebuah bank di Bangsar. Memetik laporan Beautifulnara.com, gara-gara serangan daripada Shah Jaszle itu, pihak pengurusan mengarahkan Farah untuk meletakkan jawatan dalam tempoh masa 24 jam.

Kata Farah – Jika dia memberitahu media saya adalah kru produksi, bagaimana beliau tahu tempat saya bekerja! Shahz ditemani tunangnya, Puteri “menyerang” saya di bank tempat saya bertugas Rabu lalu tanpa pengetahuan saya dan kebenaran dari pihak majikan. Dia buat kecoh dan menjerit-jerit memarahi saya. Bukan setakat itusaja, Shahz turut bekerjasama dengan kru program hiburan, Galaksi merakamkan kekecohan yang berlaku di premis bank itu. Pihak pengurusan kesal dengan kejadian tempoh hari dan mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana isu saya dikhuatiri memberi imej negatif kepada syarikat. Sekarang saya tak ada kerja tetap, puaslah hati Shahz kan? Gara-gara serangan tempoh hari, saya telah hilang punca pendapatan. Terima kasih Shahz! Dia pula putus tunang, semua itu karma. Bagaimanapun saya mengakui kesilapan kerana menjalin hubungan dengannya dan meminta maaf pada keluarga Puteri, keluarga Shahz dan keluarga saya sendiri. Sebaliknya Shahz selepas kejadian khalwat itu, dia langsung tak minta maaf, jauh sekali bertanggungjawab.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat Farah dan wanita-wanita di luar sana. Kalau nak bercinta, janganlah mencari tunang orang atau suami orang. Kalau tak mahu kecoh la. Kecuali anda dapat suami seperti Ustaz Azhar Idrus. Cool gitu…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.