Heboh satu Malaysia dengan video isteri Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha memaki pengawal keselamatan dengan pelbagai kata-kata kesat dan mahu menyaman lelaki berkenaan. Oleh kerana itu, makin ramai yang tidak berkenan dengan sikap isteri penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu. Namun, bukan isterinya sahaja menjadi sasaran, malah dengan Mat Yo sekali turut dibabitkan sama.

facebook-belia-benci-mat-yo

Kerana sikap isterinya, Siti Aisya Adam itu, imej Mat Yo yang bermain dalam pasukan JDT (Johor Dahrul Takzim) itu dah pun tercalar. Memetik laporan murai.com.my, ada pihak telah mewujudkan laman facebook yang menggunakan nama Belia Benci Mat Yo. Bukan setakat itu saja, ada pihak telah membuat super imposed gambar perkahwinan Mat Yo dengan menggelarkan pasangan ini sebagai pasangan Queen Control.

BACA JUGA – – VIDEO LUAHAN PAK GUARD YANG DIMAKI OLEH ISTERI MAT YO – ‘HANYA JALANKAN TUGAS’

BACA JUGA – – VIDEO ISTERI MAT YO (NORSHAHRUL IDLAN TALAHA) ‘KURANG AJAR’ DENGAN PAK GUARD?

Kesian juga pada Mat Yo. Harap isterinya lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya selepas ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harap Mat Yo dapat terus fokus dlaam aksinya bersama JDT dan juga Harimau Malaya!

p/s: Siapalah yang ambil kesempatan buat page tu yer agaknya… Rasanya bukan page ini sahaja dah banyak page berkaitan isu ini telah diwujudkan…

(Sumber gambar: Murai.com.my)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.