Kecoh lagi dengan isu artis tidak berdisiplin. Kalau sebelum ini dengan isu pelakon wanita mabuk di Sydney, kali ini ia melibatkan pelakon wanita berbakat besar, Elfira Loy yang didakwa menghadapi masalah disiplin dan dihalau oleh pihak produksi.

Menurut sumber yang ammboi baca, Elfira dikatakan menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali juga tidak hadir ke sesi latihan pementasan teater lakonannya. Kemudian, Elfira yang hadir sebelum pelancaran pementasan itu telah dihalau balik oleh produksi ketika nak buat sound check.

elfira loy

Sumber itu juga memberitahu, bukan sahaja penerbit teater bengang dengan disiplin Elfira malah para pelakon lain dalam teater tersebut. Oleh itu, isu berkenaan menjadi punca Elfira tidak menghadiri majlis pelancaran teater itu dan wataknya digantikan dengan seorang pelakon baru sebagai stand in.

Itu sahajalah yang ammboi baca dan tidak lah tahu cerita sebenarnya. Hanya Elfira dan penerbit sahaja tahu perkara sebenar. Jika benar, harap ianya bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Elfira malah kepada pelakon lain juga.

Sumber asal: MURAI

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.