Zaman serba moden ni memang kita kena sentiasa berhati-hati. Sebab zaman jer moden, tapi sesetengah orang tetap tak moden-moden. Masih ada yang melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman masyarakat. Jadi, kalau nak ke mana-mana memang kena sentiasa berjaga-jaga. Contohnya kalau nak parking kenderaan, carilah tempat yang sesuai dan selamat.

Kes pecah kenderaan terbaru melibatkan selebriti yang juga pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 30. memetik laporan mStar Online, kereta Nabil jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin. Kejadian berlaku di Sungai Buloh. Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

“Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah. Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang,” katanya

kereta nabil

Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan. Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.

p/s: Baru-baru ni kereta kawan ammboi kena pecah. Bukannya ada barang berharga pun, setakat cd player jer.. Namun dek kerana terdesak kot dan kebetulan kereta member tu parking jauh dari pandangan orang ramai…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.