Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam. Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.

Memetik laporan Sinar Harian, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus. Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

proton exora terbakar di parking hospital selayang

Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.