Kerjaya Suram Bukan Kerana Nabila – Johan As’ari | Kalau nak diikutkan dia memang popular sejak muncul dalam drama bersiri Juvana. Kerana popularnya itu juga dia diberi kepercayaan membawa watak utama berganding dengan Fasha Sandha dalam siri Cinta Elysa. Akhirnya dia berjaya merangkul anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Namun impak besar pelakon, Johan Ariff As’ari tidak bertahan lama kerana ianya dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini. Paling ketara sejak gosip cinta antara Johan dan Nabila Huda mula bertebaran. Walaupun keduanya banyak kali mereka jelaskan hubungan mereka hanya setakat teman baik namun ianya masih belum cukup untuk membuktikan kepada peminat dan media bahawa tiada cinta antara mereka.

Menurut Johan As’ari dalam laporan myMetro Online, dia dan Nabila tidak pernah bercinta, tetapi perkara sama masih terus diajukan kepadanya.

“Tolonglah, jangan tanya lagi soalan sama kerana saya berkali-kali menjawab pertanyaan itu. Memang sebelum ini saya pernah katakan, doakan saja yang baik untuk kami berdua, tetapi ia tidak menerangkan yang kami bercinta. Jauh di sudut hati, memang merasakan hubungan kami tidak mungkin lebih daripada sahabat, tapi takkan saya nak jawab, ‘Saya tidak mungkin kahwin dengan dia’. Itu umpama mengambil alih kuasa Allah kerana hanya Dia tahu siapa isteri saya kelak. Saya jenis yang lurus. Bila orang tanya dan perkara itu betul, saya akan mengiyakan. Belum terfikir untuk mencari bakal isteri, lagipun saya masih ingin menunjukkan bakat,” kata Johan.

Sesekali Johan memohon maaf jika dia terkasar bahasa mahupun tertinggi suara, bimbang bakal mendatangkan isu baru yang mungkin mencalar nama baiknya. Dia berusaha menerangkan kedudukan sebenar dan memohon pengertian supaya kisah cinta yang tidak benar itu dihentikan daripada terus dijaja. Akui Johan, memang benar dia menyayangi Nabila tetapi hanya sebagai rakan.

Katanya, kasih sayangnya terhadap wanita itu sama seperti dia sayangkan keluarganya. Dia merayu kisah itu tidak lagi diperkatakan kerana yakin pembaca juga muak perkara itu terus menghiasi dada akhbar dan menjadi topik di laman blog. Menidakkan kerjaya seni yang menjadi suam kerana gosip itu, Johan berkata, ia tiada kaitan dengan Nabila, malah bangga mengenali wanita itu.

“Saya bangga berkenalan dengan Nabila. Banyak nasihat dan teguran membina diberi. Kerjaya saya tiada kaitan dengan dia. Saya akui, sejak akhir-akhir ini muka saya jarang kelihatan di kaca televisyen. Sebenarnya saya sibuk di lokasi penggambaran. Insya-Allah, tahun depan saya muncul dengan beberapa filem, antaranya Tokan dan Pencinta. Tokan adalah filem aksi dan watak saya sebagai pembunuh upahan, manakala Pencinta adalah romantik. Peminat drama Juvana juga bakal menonton versi filem pada Januari tahun depan. Saya harap 2013 adalah tahun baik untuk saya,” katanya.

Tidak memilih watak diberi, Johan sedar dia perlu mengembangkan wataknya, sebab itu dia menerima tawaran diberi, namun tidak mahu menimbulkan masalah pada produksi dan diri sendiri, ada juga tawaran ditolak kerana percanggahan masa. Menganggap dirinya masih baru, dia berhati-hati ketika membuat keputusan dan menyusun jadual supaya tidak bertembung dengan penggambaran lain.

Ok la Johan. Abaikan kontroversi negatif tu dan fokus pada kerjaya anda. Sememangnya anda ada karekter tersendiri dalam lakonan. Semoga terus berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.