Akhirnya dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, pada November lalu, ditahan semalam. Mereka merupakan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun yang ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

Menurut sumber berita, kedua-dua remaja yang tidak bekerja ditahan hasil siasatan lanjut pihaknya serta maklumat orang awam. Dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

kes bunuh 3 beradik selesai

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam. Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.

Kes melibatkan kematian Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang mayatnya ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lalu. Sementara mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui pula kira-kira 4 petang esoknya di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui. Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.