Kes Khalwat Beego Ditangguh Tahun Hadapan | Nampaknya kes khalwat pelakon, Beego masih belum selesai. Menurut laporan mStar Online, kes khalwatnya itu akan ditangguhkan ke tahun hadapan. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa mengarahkan peguam bela Fakhrul Azman Abu Hasan supaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dokumentasi mengenai kes khalwat pelakon Beego bersama dua rakan lelakinya di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata demikian selepas Fakhrul membuat permohonan supaya pihak pendakwa syarie iaitu Tuan Sarawaheda Tuan Dir membekalkan kepadanya laporan polis dan dokumen berkaitan untuk menyokong penghujahannya di mahkamah. Oleh itu, beliau menangguhkan kes tersebut kepada 19 Mac tahun hadapan.

Pada 8 Mei lalu, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat. Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda. Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini. Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.