Kes Khalwat – Shahrizal Jaszle Dakwa Dirinya Diperangkap? | Sudah hampir dua minggu isu khalwat pelakon Shahrizal Jaszle (Shahz Jaszle) berlalu. Akhirnya baru semalam dia membuka mulut mengenai apa yang berlaku. Menerusi laporan mStar Online, Shahz Jaszle mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.

Dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.

shahrizal jaszlee dan redzwani puteri

“Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya.

Beritahunya lagi, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku. Shahz Jaszle turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. Begitu juga dengan tunangnya yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut.

“Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka. Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya,” ujar Shahz Jaszle yang turut berkata kejadian itu satu pengajaran besar dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

p/s: Sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah ajela…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.