Nampaknya ‘persengketaan’ antara penerbit dan pengarah Erma Fatima dengan pelakon Rabecca Nur Islam seperti masih belum selesai. Sebelum ini Erma telah membayar wang tuntutan Rebecca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran setelah diarahkan mahkamah.

Memetik Sinar Harian, Rebecca dilaporkan telah memulangkan wang syiling berkenaan dan meminta Erma membayar dengan cara berhemah. Namun seperti dijangka, Erma nampak seperti masih lagi mahu ‘mengenakan’ Rebecca.  Kali ini Erma membayar tuntutan berkenaan menggunakan wang berbentuk RM1 pula.

erma fatima dan rebecca nur al islam

Bagaimanapun menerusi laman Instagramnya, Rebecca seperti tidak lagi mahu memanjangkan isu berkenaan dan beliau mungkin sudah menerima wang tuntutan dalam bentuk RM1 berkenaan. Rebecca juga mengucapkan terima kasih kepada Erma diatas bayaran yang telah dilakukan:

“… tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan,” tulis Becca di laman sosial miliknya.

Jelas Rabecca, dia menerima wang tersebut dengan hati yang terbuka kerana enggan memanjangkan lagi isu tersebut. Dia juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan Erma sebaliknya ingin memberi fokus terhadap kerja amal di mana dia akan berada di Kuantan, Pahang pada petang Rabu (hari ini) bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya akan bertolak ke Kuantan pada pagi Rabu untuk membantu dan berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir. Doakan yang baik-baik ya,” ujarnya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca. Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.