Kes Video Belasah Ketua Kelas – Tiga Pelajar Sudah Dibuang Sekolah Sejak 8 Mac | Ini pula mengenai isu panas yang tersebar membabitkan video sekumpulan pelajar membelasah ketua kelas. Menurut laporan berita, tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kejadian berlaku pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah. Kejadian itu turut dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.

video belasah pelajar

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin menjelaskan, tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya, Pulau Pinang berkenaan telah dikenakan tindakan buang sekolah sejak 8 Mac lalu setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan. Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit. Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.