Pengakuan sudah dibuat. Namun masih ada antara mereka yang tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh pasangan pelakon yang sudah sah bergelar suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Kononnya alasan yang tidak logik dan bila sudah kantoi baru mengelabah buat sidang media untuk beri penjelasan dan pengakuan.

Antara alasan yang diberikan oleh Aeril dan Wawa Zainal adalah:

  • Aeril Zafrel tidak dihebohkan pernikahannya – kerana menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya.
  • Kerana mereka pernah dihalang untuk bercinta – Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Pada pendapat ammboi ada alasan kukuh juga mereka enggan mendedahkan pernikahan. Ini kerana, Aeril sendiri terpaksa menggunakan pelbagai alasan untuk keluar dari pihak pengurusannya terdahulu. Jadi, kalau dia dan Wawa dedahkan sudah bernikah mungkin pihak pengurusan mereka akan mengambil tindakan mahkamah atau sebagainya kerana melanggar kontrak.

Selain itu, ada juga keburukan dari apa yang mereka telah lakukan. Bab perkahwinan atau pernikahan ini setahu ammboi wajar dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Apatah lagi mereka sudah beberapa kali menafikan pernikahan mereka apabila diterjah pihak media.

Sekarang kenapa Aeril tiba-tiba mahu dedahkan pernikahan mereka?

aeril zafrel sedih

Mungkin Aeril dan Wawa sedih kerana ada pihak yang mempertikaikan status anak mereka. Berdasarkan beberapa sumber berita, Aeril terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah. Bagi mengelakkan perkara itu berterusan maka dia dan Wawa putuskan untuk buat pengakuan tersebut.

“Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa…tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina. Tetapi…apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya…itu hak peribadi. Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi,” kata Aeril dipetik Sinar Harian Online.

Namun begitu biasalah, kita manusia memang tidak pernah lari dari kesilapan. Apa salahnya kalau kita doakan yang sebaiknya buat mereka. Semoga ia dijadikan pengajaran dan panduan buat semua termasuklah kita dan keluarga kita.

p/s: Harap Aeril dan Wawa sekeluarga terus tabah. Semoga segalanya berjalan lancar. Kami di ammboi.com bersedia untuk menyampaikan cerita sebenar mengenai anda untuk membantu mengelakkan kekeliruan peminat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.