Travelling memang kedengaran menarik. Walapun begitu, tidaklah mudah untuk travel buat kali pertama tak kira sama ada seorang atau secara berkumpulan. Bila sudah sedia tahu, kita boleh elakkan perkara berikut dari berlaku.

Artikel membantu ini ditulis oleh Puan Alisa Omar yang sudah berpengalaman dalam dunia menjelajah. Hasil artikel ini dianggap sebagai bimbingan para kaki travel di luar sana. semoga ianya membantu kita semua.

Saya nak kongsi dengan semua kesilapan yang saya buat masa saya mula-mula travel dulu dan juga beberapa kesilapan yang saya dapat sumber dari kawan-kawan juga.

1. Overpacking

Bila baru nak mula travel, memang susah nak agak barang apa yang kena bawa. Cukup ke tak, itu antara yang menjadi persoalan. Persiapan barang kita mungkin tak sama dengan orang lain. Saya teringat lagi saya angkut dua bag besar, satu backpack, satu lagi beg tarik penuh dengan makanan. Nasib baik ada abang French kancak tolong angkat waktu itu.

2. Tak Buat Travel Homework

Saya belajar tentang travel secara hard way, belajar dari kesilapan diri sendiri. Tapi sekarang, petik pak cik Google sahaja, macam-macam boleh kita rujuk untuk cari information tentang destinasi yang kita nak tuju. Antaranya, barang apa yang tak boleh bawa masuk (contoh : Australia tak benarkan bawa masuk buah-buahan), tourist scam apa yang kita kena berjaga-jaga, estimated price untuk pengangkutan awam dan sebagainya.

3. Tak Aktifkan Debit Kad Untuk Pengeluaran Antarabangsa

Antara kesilapan besar yang saya buat dan hampir buat saya tersadai dekat Vung Tau. Nasib baik ada member tolong. Sebab saya tak aktifkan kad debit saya dulu? Sebab saya agak cash-in-hand yang saya bawa cukup, jadi ingatkan tak perlu nak buat pengeluaran tambahan. Nasib baik tiada jadi apa-apa yang serius. Kalau tak, nak korek duit dekat mana pun tak tahu.

4. Beli Souvenirs Untuk Semua Orang

Ramai sangat kirim souvenirs dengan saya bila mula-mula travel dulu. Tapi ramai juga kirim dengan air liur sahaja. Saya yang fikirkan nak maintain hubungan yang baik sesama manusia, belilah souvenirs untuk semua orang. Itu yang sampai tersadai dekat Vung Tau sebab duit dah tak ada nak balik hotel. Dan yang buka mata saya, bila ada member yang habiskan 2k untuk souvenirs sahaja, sebab ramai kirim specific souvenirs seperti Hard Rock collectibles atau limited edition Michael Kors tanpa kiriman duit.

5. Tak Ambil Travel Insurance

Saya bukan insurance agent tapi ade beberapa insiden yang kalau saya atau member travel yang lain tak ambil travel insurance, memang kami akan rugi banyak sebab tak dapat balik pampasan. Bag pecah, beg rosak, beg hilang adalah antara sisi gelap dunia travel yang saya berdoa sangat anda tak akan alami. Sebab pengalaman menghadapi situation ini, boleh buat orang itu jadi gila dan panik tak tentu arah. Terima kasih pada travel insurance, barang-barang asas yang saya terpaksa beli bila beg hilang di Greece, dapat pampasan balik.

6. Terpedaya Dengan Provoke Acah-acah Backpacker

Bila dah start travel, akan ada hamba-hamba Allah yang kaki provoke seperti;

“Bila lagi nak jejak Europe? Bukan backpacker lah kalau belum sampai Amsterdam lagi. ”

“Apa barang pergi Phuket sahaja, tour satu Thailand baru betul backpacker sebenar. ”

Itu belum cerita pasal brand backpack/action camera lagi. Masuk bab ini, kena kuatkan semangat, ukur baju di badan sendiri. Dulu masa GoPro baru keluar, memang mahal dan hampir-hampir nak swipe debit kad, especially bila ada manusia yang cuba racun. Biar papa asal bergaya katanya. Tapi melihat pada keadaan diri yang travel pun dekat-dekat sahaja, tak ada special mana, saya terpaksa tahan.

7. Serah Semua Pada Travel Agent

Dulu-dulu, saya rajin juga usya travel pakej Groupon dan hotel travel booklet sebab rasa mereka lebih tahu asal-usul tempat yang saya nak pergi. Bayar sahaja, mereka uruskan semua. Mudah bukan? Sampai lah saya buat budget sendiri dan buat saya sedar yang bukan saja travel agent cas lebih mahal dari harga biasa, tapi mereka dapat komisen dari lokasi yang mereka bawa kita. Jadi sebenarnya, kita sebagai pelancong dimanipulasi untuk keuntungan pihak lain, dan banyak lokasi yang lebih baik tak di promote sebab agent tak dapat komisen.

8. Panik Bila Travel Plan Tak Sama Dengan Yang Dirancang

Sebolehnya, memang best dan tak sakitkan kepala kalau semua yang dirancang itu menjadi. Tapi kita lupa, manusia tak boleh lari dari buat kesilapan. Kadang-kadang, flight delayed, banjir, train rosak, booking sistem hotel ada glitch dan hotel booking kita tiada dalam sistem. Macam-macam isu yang boleh kacau flow travel kita. Saya sarankan jangan panik dan be flexible dengan pilihan alternative.

9. Salah Pilih Travel Buddies

Dulu memang saya excited kalau dapat group rakan-rakan yang boleh travel sekali. Dah lama-lama itu, macam-macam kerenah jumpa sampai rasa selesa travel solo atau at most, berdua sahaja. Ada yang buat travel buddies macam mereka punya secretary, semua benda nak kena ingatkan, termasuklah bawa ubat gigi (true story). Ada pula travel buddy yang kena jadi “receptionist”, jawab phone call parents untuk travel buddy yang lain sebab budak itu travel sampai tak ingat mak abah (true story juga).

10. Tak Aktifkan Roaming/Tak Beli Local Sim Kad

Dulu memang saya tak consider pun nak buat Roaming, mahal. Dan untuk trip 4-5 hari, okay maintain number sendiri, tak payah beli local sim kad. Tapi bila dah travel merata, tiada apa yang lebih bahagia bila dapat dengar suara mak abah dalam telefon, bila kita di perantauan. Hati mak abah pun senang bila dengar kita selamat di sana. Travel lah jauh mana pun, mak abah jangan kita lupa.

*Perkara yang dikongsi merupakan pengaman penulis dan rakan-rakan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk travel jauh, boleh rujuk artikel ini untuk keselamatan diri sendiri. Have a safe trip ya!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/groups/748140701910087/permalink/1344067262317425/

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.