Apex Sambung Kontrak 3 Tahun | Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat sah akan terus bersama Kelantan apabila menyambung kontrak selama tiga tahun lagi, semalam. Sebelum ini Apex dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain. Namun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan bahawa Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa sebagai  telah menandatangani kontrak baru, semalam.

Jadi katanya, barisan pemain pasukan Kelantan yang menjuarai Liga Super musim ini akan kekal dan mungkin ada beberapa penambahan untuk memperkuatkan posisi tertentu.

“Apabila habis musim, banyak spekulasi perpindahan dalam kalangan pemain Kelantan terutamanya Khairul Fahmi.

“Memang diakui bahawa kontrak Khairul Fahmi bersama Kelantan akan tamat hujung tahun ini.

“Bagaimanapun saya ingin mengumumkan di sini bahawa kami telah mengadakan rundingan dan beliau (Khairul Fahmi) telah menandatangani kontrak baru selama tiga tahun. Ini bermaksud Khairul Fahmi akan bersama Kelantan untuk musim akan datang dan seterusnya,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.