Baru sahaja putus cinta, tiba-tiba timbul pula cerita panas mengatakan Hanez Suraya sudah temui pengganti Awi Rafael. Kononnya Hanez Suraya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan model kelahiran Seoul yang baru mencipta nama di Malaysia, Kim Jin Sung.

Gosip berkenaan timbul apabila Kim Jin Sung yang mesra digelar JS mengaku dalam satu temubual dia menyukai Hanez. Bagaimanapun Hanez menafikan JS sedang bercinta dengannya dan jelasnya dia menganggap JS tersilap cakap kerana Bahasa Melayunya masih belum cukup baik untuk memahami sesetengah soalan wartawan.

Sementara JS pula, tampil membetulkan semula salah faham dengan menyatakan dia tidak menyimpan perasaan terhadap Hanez walaupun mengakui, antara ciri-ciri gadis idamannya iaitu tinggi, bijak serta cantik ada pada pelakon itu.

hanez-suraya-aktor-korea-kim-ji-sung

“Saya suka Hanez, walaupun dia hampir menepati ciri-ciri gadis idaman yang saya cari tetapi tidaklah sampai saya bercinta dengannya. Sejujurnya saya tidak tahu mengenai khabar angin yang dikaitkan antara saya dan Hanez. Kami tiada hubungan istimewa kerana masing-masing professional sewaktu bekerja. Tapi apa yang saya boleh katakan, dia adalah seorang kawan yang baik,” katanya.

Hanez dan JS merupakan gandingan pelakon yang menjayakan drama Autumn Di Hatiku. Drama ini akan disiarkan di portal Online Tonton bermula hari ini, 3 Julai 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.