Sebenarnya gambar bapa dan tiga anaknya ini mula tersebar di media sosial sejak sebelum raya lagi. Yalah, dah nya tajuk pun balik kampung beraya naik motor.

Kisah sedih bapa bawa tiga anak balik kampung beraya naik motor jadi viral – Ramai juga pengguna media sosial merakamkan gambar mereka empat beranak. Namun begitu, ramai yang belum tahu kisah sebenar mereka dan kemana arah tuju mereka.

Yalah, ramai yang pandai kongsi jer. Tapi cerita sebenar ramai yang tidak tahu. Sehinggakan ada prasangka buruk lagi mengenai dimanakah isteri lelaki berkenaan dan kenapa hanya mereka berempat sahaja yang pulang beraya.

Bab KISAH SEDIH? Ini sebenarnya bukan kisah sedih. Abang ni tak pernah meminta simpati sesiapa. Pada ammboi, niatnya hanya untuk pulang beraya dan mungkin semampu yang dia mampu. Apatah lagi untuk menggembirakan anak-anaknya. Oleh itu ramai yang tampil mahu membantu.

KISAH SEDIH BAPA BAWA TIGA ANAK BALIK KAMPUNG BERAYA NAIK MOTOR JADI VIRAL 2

Ia kerana, ramai yang rasa sayu dengan pengorbanan beliau. Bukan sedih, tapi sayu yang terharu. Aaah.. ammboi pun susah nak beza. Cuma, ammboi bangga dengan apa yang dilakukannya (walau dalam hati terdetik juga bahaya menunggang dan membonceng motosikal dengan muatan sebegitu).

Seorang pengguna media sosial ada berkongsi kisahnya yang sempat bertemu dengan lelaki berkenaan dan anak-anaknya. Menurutnya, pertemuan itu ketika beliau dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Rupanya sebelum ini beliau balik kampung dari Sepang ke Penang.

KISAH SEDIH BAPA BAWA TIGA ANAK BALIK KAMPUNG BERAYA NAIK MOTOR JADI VIRAL 1

Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari sepang ke penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke sepang. Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit putra heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni. Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..”motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih.” Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang. [sumber FB Abdullah Firdaus Baharuddin]

KISAH SEDIH BAPA BAWA TIGA ANAK BALIK KAMPUNG BERAYA NAIK MOTOR JADI VIRAL 3

Mengenai status dimanakah isterinya, ada yang menceritakan lelaki ini sudah bercerai dengan isterinya. Sekarang dia yang menjaga ketiga-tiga anaknya.

KISAH SEDIH BAPA BAWA TIGA ANAK BALIK KAMPUNG BERAYA NAIK MOTOR JADI VIRAL 4

Menerusi media sosial, ramai yang tampil untuk memberi pelbagai sumbangan kepada keluarga ini. Syukur Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih prihatin dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.