Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini ‘bekerja’ sebagai pengemis. Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Kisah tragis Han Biyao pengemis tercantik dunia – Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya. Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

KISAH TRAGIS HAN BIYAO PENGEMIS TERCANTIK DUNIA 1

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup. Namun begitu, keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ.

KISAH TRAGIS HAN BIYAO PENGEMIS TERCANTIK DUNIA 2

Dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

KISAH TRAGIS HAN BIYAO PENGEMIS TERCANTIK DUNIA 3

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

KISAH TRAGIS HAN BIYAO PENGEMIS TERCANTIK DUNIA 4

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.