Pastinya semua sudah tahu, negara kita sedang dilanda jerebu yang semakin hari semakin teruk. Semalam, sumber berita mengatakan 3 kawasan mengalami kesan yang agak membimbangkan. Hari ini pula semakin bertambah. Jika dilihat pada gambar yang ammboi ambil menerusi rumah ammboi di Sungai Besi ini, kesan yang agak ketara juga boleh dilihat kan.

Maaf sebab lupa ambil gambar semalam. Cuma ammboi boleh katakan, sebelum ini Menara KLCC dan Menara KL boleh dilihat dengan jelas dari rumah ammboi. Cuma hari ini boleh dikatakan agak samar-samar atau tidak nampak langsung. Menurut sumber berita lagi, kualiti udara di Lembah Klang dan Perak merosot semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung. Berikutan itu, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar. Orang ramai juga dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti diluar rumah berikutan keadaan kualiti udara yang sememangnya agak membimbangkan ini. Banyakkan berehat dirumah sahaja.

TUJUH KAWASAN CATAT BACAAN IPU TINGGI!

Tujuh kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (144), Shah Alam (129), Petaling Jaya (127), Banting (117), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (129) dan Batu Muda, di sini (127). Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 10 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya. IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.