Kini isu amah, atau pembantu rumah Indonesia semakin menjadi hangat. Masing-masing tak mengaku salah dan saling tunding-menunding jari antara satu sama lain. Kerajaan Malaysia melalui kenyataan PM beberapa hari lepas ternyata tidak bersetuju dengan gaji amah Indonesia yang dianggapnya berbeza dari apa yang dibincangkannya dengan pemimpim utama Indonesia tempohari.

Bagi Indonesia pula, mereka menegaskan isu gaji RM700 untuk satu kerja sudah dipersetujui oleh wakil petugas khas Malaysia semasa mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu. Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.

Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011. Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak. Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas. Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah).

Antara perkara lain yang dipersetujui ialah :

  1. Gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas
  2. Pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah
  3. Satu hari kelepasan kerja (bergantung pada persetujuan bersama)
  4. Majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji

Pihak Indonesia menjelaskan langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak. Tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian. Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia. Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.