Datuk Lee Chong Wei Minta Maaf Klik Video Namewee Hina Lin Dan | Sekali lagi Namewee menimbulkan kontroversi. Kali ini ‘karya luah perasaannya’ menimbulkan rasa marah peminat badminton China. Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video itu, saya juga tidak tahu apa-apa mengenai lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Lee dalam laman web peribadinya di ‘microblogging’ weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley. Klip itu kemudiannya tersebar ke seluruh forum utama dan menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa. “Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” dakwa beliau.

Entah apa yang beliau fikirkan pun tak tahu. Peminat lain marah bukan dengan sumpah seranah. Mungkin itu cara dia di rumah kot bila tengok pasukan dia kalah akan mula sumpah seranah. Pelik tapi benar, itulah sikap Namewee yang seringkali menimbulkan masalah.

VIDEO NAMEWEE HINA LIN DAN


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.