Semalam seperti yang kita ketahui, ada ‘perang Twitter‘ antara pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof dengan Sharifah Amani. Ianya bermula apabila Sharifah Amani dikatakan menyindir ketidakadilan dan sikap pilih kasih pihak berkenaan terhadap filem KL Gangster 2.

Sharifah Amani meluahkan kekecewaannya menerusi laman Twitter, seolah-olah berasa tidak adil apabila filem lakonannya, ‘Psiko Pencuri Hati’ mendapat klasifikasi PG18 walhal filem arahan Syamsul, KL Gangster 2 yang dilihat lebih ganas hanya mendapat PG13.

Syamsul yang lama menyepi dek kerana masalah melibatkan filemnya itu pula tiba-tiba mencuri perhatian ramai apabila membalas pedas kenyataan Sharifah Amani dengan melabelkan Sharifah Amani sebagai kurang ajar serta biadab kerana menggunakan bahasa yang kasar.

Bagaimanapun isu berkenaan dilihat sudah reda apabila Sharifah Amani membalas dia tidak bermaksud untuk menyinggung Syamsul dan Tweetnya itu bukanlah bersifat peribadi. Ia juga ditujukan kepada pihak lain agar lebih telus dalam setiap tindakan. Sharifah Amani juga mohon maaf jika kenyataannya itu membuatkan Syamsul terasa hati.

datuk yusof haslam kl gangster 2

Menerusi laporan gua.com.my pula, Datuk Yusof Haslam yang merupakan bapa kepada Syamsul enggan komen mengenai isu tersebut namun beliau sempat mengulas tindakan anaknya yang menempelak Sharifah Amani.

“Maaf, kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai perkara ini namun, saya tidak salahkan Syamsul kerana saya faham hati dia tengah bergelora sekarang,” ujar Datuk Yusof Haslam ringkas.

p/s: Rasanya Syamsul dan Datuk Yusof tidak perlulah terasa hati dengan komen pedas Sharifah Amani tu. Tujuan dia komen tu untuk pihak berkenaan dan dia mungkin berharap pihak itu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.