Banyak juga kontroversi yang melanda aktres cantik, Hanez Suraya. Boleh dikatakan beliau kini antara artis yang sarat dengan kontroversi. Daripada isu seluar sendat hinggalah ke kisah dia berperang dengan seorang artis senior di Twitter. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau dikatakan antara artis yang dibenci peminat apabila ada segelintir peminat yang mewujudkan akaun ‘Haters Hanez Suraya‘ dilaman Twitter.

Terbaru, Hanez Suraya sekali lagi dipalit isu panas dan kali ini dia teruk dihentam peminat hanya kerana dia tidak membalas komen di Twitter. Peminat berkenaan telah menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini. Bagaimanapun Hanez berkata isu itu bukanlah hal besar cuma disebabkan rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan menjadikan ia semakin serius.

hanez suraya

“Sebenarnya kalau ada masa lapang, saya suka ‘reply’ dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi hari itu kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media. Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” jelasnya dipetik dari Malaysia Digests.

Hanez-Suraya-1

Bagaimanapun Hanez tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang. Tidak mahu perkara yang disifatkan remeh itu belarutan, Hanez tidak mengendahkan sikap peminat berkenaan kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk.

hanez suraya

“Saya memang tidak layan ‘tweet’ dari peminat tu sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian,” jelasnya.

Dalam pada itu Hanez mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik. Pun begitu, dia masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini. Katanya, dia juga banyak menerima tawaran berlakon namun dia juga bersedia untuk menepis mana-mana kontroversi yang tidak elok berkaitan dengannya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.