Kecoh juga semalam dengan isu bekas isteri Sham Kamikaze iaitu Farazila tampil dengan kenyataan mengejutkan mengenai sikap hipokrit Sham yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah. Selain itu, Farazila turut mendedahkan beberapa sikap Sham yang dianggap berlakon alim semata-mata.

Susulan pendedahan itu Sham Kamikaze hari ini tampil menerusi laman Facebooknya untuk menjawab pertuduhan tersebut. Namun menerusi kenyataan yang diberikan, Sham tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan bekas isterinya itu. Baca penjelasan penuh Sham dibawah:

sham kamikaze

Assalamu’alaikum wbt.

Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa. Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi. Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Ini antara langkah terbaik bagi ammboi. Jika Sham dipihak yang benar sekalipun, tidak perlulah dia nak panjangkan cerita. Doakan yang terbaik kepada bekas isteri adalah yang sebaiknya. Benar atau tidak tuduhan bekas isterinya, hanya Sham dan DIA sahaja yang tahu. Ingatlah keikhlasan dalam beribadah amat penting. Jangan buat kerana mengharapkan pujaan dan redha orang lain. Buatlah kerana Allah. Insya ALLAH…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.