Bila dah bergelar selebriti, semua yang selama ini menjadi milik peribadi akan menjadi milik umum. Daripada bab kehidupan sehinggalah kepada segalanya. Bab perubahan bentuk badan pun boleh jadi isu sekiranya ada yang tidak kena. Begitulah yang perlu dihadapi oleh Tasha Shila selepas dia memuat naik sekeping foto sedang minum sambil memegang kotak minuman kesihatan di ‘fanpage’nya.

Yang menjadi isu bukan kerana dia minum ataupun kotak yang dipegangnya tetapi ada kalangan peminat yang menegur perubahan pada saiz payudara Tasha Shila. Foto berkenaan terus tersebar di media sosial dan ada yang mengatakan Tasha telah membuat pembedahan plastik terhadap payudaranya.

Bagaimanapun menerusi laman Astro Gempak, Tasha Shila menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya dia hanya mengamalkan minum produk kesihatan itu.

payudara tasha shila

“Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu… Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah. Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat hidung dan payudara… Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak komen apa. Tapi apa yang Tasha boleh buat? Mulut orang kita tak boleh nak tutup biarkanlah mereka terus berkata-kata,” katanya.

Bagaimanapun menurut Tasha dia tidak kesal sekiranya ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

“Mereka ada hak untuk bercakap… Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja. Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya,” ujarnya yang merupakan pengguna tetap produk tersebut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.