Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Di Royal Albert Hall London Pada 2014? | Fuh, nampaknya penyanyi no 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menggegarkan Royal Albert Hall London. Menurut khabar angin yang tersebar, pihak Dato’ Siti kini giat menjalankan usaha untuk menjayakan misi kedua berkenaan pada tahun 2014.

Selain, itu, Dato’ Siti juga tidak menafikan khabar angin berkenaan namun beliau tidak bersedia untuk mengulasnya dengan lebih lanjut. Apabila wartawan Media Hiburan bertanyakan mengenai konsertnya di Royal Albert Hall London 2014, ini jawapan ringkas dari Dato’ Siti;

“Hal itu kena tanya kepada pengurus saya, Kak Rozi.”

Dan diajukan persoalan sama kepada Kak Rozi sejauh mana kebenarannya, jawabnya ringkas;

“Insya-Allah semuanya masih dalam perancangan. Jadi doakan sahaja.”

datuk siti nurhaliza royal albert hall london

Sebagai makluman, Dato’ Siti Nurhaliza pernah mengadakan konsert solonya di panggung bertaraf antarabangsa itu pada tahun 2005.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.