Kontroversi Filem Mencari Cinta – Nora Danish Kasihankan Rusdi Ramli | Pelbagai kontroversi panas menimpa Rusdi Ramli sejak membintangi filem Mencari Cinta. Salah satunya gara-gara adegan lakonan dia berpelukan dengan Nora Danish tanpa berbaju dalam filem berkenaan.

Selain itu, pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Namun bagi pasangan atau ‘isteri’ Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, Nora Danish berkata dia tidak kisah apabila isu itu diperbesar-besarkan kerana dia sudah lali dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip. Malah dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

nora danish dan rusdi ramli

“Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya. Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen”, katanya dalam laporan Malaysia Digest.

Namun begitu, dia berasa kasihan terhadap ‘suaminya’, Rusdi Ramli berharap pihak lain memberikan ruang kepada aktor berkaliber itu bersendirian sehingga isu tersebut reda.

“Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu”, ujarnya lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.