Kontroversi Filem Sepah The Movie? Pengarah Tak Puas Hati? | Filem sulung kumpulan Sepah yang membabitkan Shuib, Mamat dan Jepp (kumpulan ini sudah berpecah digantikan dengan sama Sepahtu) sudah siap dan bakal ditayangkan dipawagam pada 29 November 2012 ini. Namun ada khabar kurang menyenangkan mengenai filem berkenaan. Kerana ada laporan mengatakan pengarah filem Sepah The Movie, tidak puas hati dengan beberapa perkara.

Menurut laporan mStar Online, pengarah filem Sepah The Movie, MP Roslin Md Sharif berasa dianiaya dan kecewa apabila terdapat campur tangan daripada pihak lain yang telah menyiapkan karya filem sulungnya itu. Beliau berkata, sepanjang pembabitannya dalam filem tersebut, hanya 80 peratus pembikinan sahaja adalah miliknya manakala 20 peratus lagi, iaitu pada penyiapan akhir karya itu adalah hasil tangan orang lain.

“Walaupun campur tangan 20 peratus itu tidak menggugat jalan cerita filem ini, tetapi saya tetap berasa kecewa kerana sebagai pengarah, saya berhak membuat atau memutuskan apa-apa sahaja berkaitan dengan pembikinannya. Tambah pula kualiti warna visual serta beberapa perkara teknikal lain tidak seperti yang saya inginkan. Dan semua ini berlaku kerana ada pihak yang mahu menganiaya saya. Mujurlah pihak penerbit sedar tentang kesilapan yang telah berlaku itu,” katanya dalam portal berkenaan.

Bagaimanapun, tambah Roslin, dia terpaksa reda dengan hal tersebut dan menerima hasil filem yang menampilkan pelakon utamanya, Shuib, Mamat dan Jepp, seadanya.

“Memandangkan filem ini adalah karya pertama arahan saya, jadi saya terimanya sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini. Dalam pada itu, saya ingin nasihatkan pada penerbit-penerbit lain, apabila melantik seseorang pengarah, berilah kepercayaan sepenuhnya pada mereka,” tegasnya.

“Walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem lain, saya percaya ia adalah sebuah karya yang sangat berbeza. Tambah pula kisah penggunaan sukan motor lasak jarang dipaparkan di filem dan filem terakhir yang menggunakan konsep berkaan adalah Ali Setan. Moga ia diterima dan seperti target pihak penerbit (PTV Film Production), kami menyasarkan kutipan sebanyak RM4 juta, InsyaAllah,” ujarnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.