Kontroversi Gambar ‘Panas’ – Aeril Zafrel Harap Beri Penjelasan | Kalau dalam majalah lelaki atau satu majalah hiburan, biasalah kalau lihat gambar artis tak berbaju. Yang bergaya dalam kolam renang la, yang tengah senaman kat gym la. Itu boleh dikatakan satu trend dulu kot. Sekarang ammboi tak pasti, lama dah tak jenguk majalah hiburan. Tapi, kalau sampai ada gambar dalam bolog lucah tu memang melampau la.

Baru-baru ini ada cerita panas yang mengatakan gambar-gambar pelakon Aeril Zafrel yang tidak berbaju disebarkan di dalam blog lucah. Walaupun blog berkenaan hanya memaparkan gambar Aeril yang tidak berbaju jer, bukannya seksi sangat pon, namun bila ada dalam blog lucah tu yang tak boleh tahan.

Menerusi laporan mStar Online, Aeril menganggap penyebaran tersebut umpama menjatuhkan kerjayanya yang sedang berkembang.

Aeril Zafrel

“Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya. Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu,” katanya yang dipetik daripada mStar Online.

Aeril berharap penyebar foto-fotonya akan mendapat hidayah dan berhenti daripada melakukan perkara tersebut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.