Kontroversi Klip Video Galau – Penjelasan Dato’ Siti Nurhaliza | Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah melancarkan ‘single’ dan muzik video lagu ‘Galau’ bertempat di Menara Kuala Lumpur. Namun timbul sedikit persoalan apabila dalam klip video berkenaan, Dato’ Siti tidak mengenakan tudung penuh sebagaimana imejnya yang terkini.

Oleh itu, Dato’ Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan. Jelasnya, penampilannya dalam klip video Galau masih lagi dengan imej lamanya.

galau dato siti nurhaliza
“Itu adalah imej lama saya dan muzik video tersebut telah dirakam pada 7 Disember 2012 iaitu sebelum saya bertudung penuh.  Saya harap tidak ada yang keliru dan mempersoalkannya. Bila saya sudah bertudung dan pihak Universal mahu melancarkan muzik video tersebut, saya juga perlu faham.  Adalah tidak adil jika saya melarang mereka menerbitkannya kerana kos telah dikeluarkan untuk pembikinan muzik video berkenaan.” Jelasnya dalam satu petikan Media Hiburan.
Jom tonton Video Klip Galau – Dato’ Siti Nurhaliza (Official) dibawah:

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.