Kontroversi Menjadikan Saya Lebih Matang – Anzalna Nasir | Sememangnya beliau mungkin dikenali kerana kontroversi. Jikalau sebelum ini siapalah yang mengenai beliau namun dek kerana kontroversinya bersama Neelofa pada beberapa bulan yang lepas, nama beliau mula menjadi sebutan media. Apapun itu semua tidak menggusarkan Anzalna kerana beliau percaya ada hikmah disebalik semua itu.

Memetik laporan gua.com.my, Anzalna menyatakan beliau sudah serik dilanda kontroversi. Terdahulu beliau dikaikan dengan isu menfitnah Neelofa namun kes berkenaan telah selesai setelah Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa.

“Cukuplah apa yang dah terjadi kepada saya selama ini, saya dah tak nak lagi kontroversi dan cukuplah. Kontroversi banyak mengajar saya menjadi lebih matang. Inilah yang saya belajar, dan saya sekarang fokus untuk tunjukkan bakat yang saya ada. Alhamdulillah selepas kontroversi itu berakhir kebanyakan peminat mula melihat bakat lakonan saya, orang sudah mula perasan lakonan saya dan ramai juga yang memuji lakonan saya,” katanya dalam portal berkenaan.

Mengenai kontroversinya sebelum ini, Anzalna menjelaskan bahawa tiada apa-apa lagi yang perlu dibicarakan kerana baginya semua sudah selesai dan apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Tiada apa yang boleh saya perkatakan lagi kerana semua sudah selesai. Semenjak kes itu, saya tidak berjumpa lagi dengannya dan hari ini kami bertemu. Saya mengganggapnya sebagai kawan baru dan saya rasa saya lagi selesa,” ujarnya.

Anzalna juga tidak kisah sekiranya dia digandingkan bersama Neelofa dalam sebuah filem atau untuk bergambar bersama dalam satu sesi ‘photoshoot’.

“Seperti yang telah saya katakan saya memang tiada masalah, dengan Lofa dan sebelum ini memang ada sesi ‘photoshoot’ bersama dengan Lofa tetapi terpaksa dibatalkan kerana Lofa sibuk dengan ‘shooting’ juga pada waktu itu,” ujarnya yang sebelum ini menyatakan serik dikecam peminat wanita Aaron Aziz.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.