Kontroversi Parti Halloween, Nabila Huda Belum Sedia Komen | Nampaknya Nabila Huda memang tidak pernah kering dari kontroversi. Satu persatu gosip dan kontroversi dikaitkan dengannya. Malah, anak kepada rocker terkenal, Amy Search ini menjadi tumpuan saban minggu di bulan Oktober hingga ke penghujung penutup dengan kontroversi foto parti Halloween.

Menurut laporan murai.com.my, walaupun Nabila sudah menafikan tentang kehadirannya ke parti Halloween dengan memberitahu bahawa ia adalah majlis hari jadi yang bertemakan kostum, dia telah meluahkan rasa tidak puas hatinya itu melalui medium Twitter rasminya. Nabila Huda merasakan dirinya dijadikan sasaran dan teraniaya apabila gambar miliknya di Instagram digunakan sewenang-wenangnya.

Ketika dihubungi portal berkenaan bagi mendapatkan penjelasan juga perasaannya selepas berlakunya beberapa siri cerita panas mengenai dirinya, Nabila Huda yang nyata sibuk di lokasi belum bersedia untuk bercakap mengenai hal ini.

“Saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai hal yang sedang hangat diperkatakan ini. Lagipun sekarang saya tengah kelam kabut. Apa-apa pun saya akan bertanyakan hal ini kepada pengurus saya terlebih dahulu,”jawabnya melalui SMS ketika diminta mengulas mengenai perkara ini.

Selepas dihubungi, keesokkan harinya Nabila bersama anaknya, Keisha Laila telah berlepas ke pulau peranginan indah di Filipina iaitu Pulau Boracay. Aktres ini mungkin mahu mencari ruang untuk dirinya berehat daripada cerita-cerita panas yang mengaitkan dirinya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.