Kontroversi Perpindahan Mat Yo – KAFA Tuntut RM1 Juta! | Sebelum ini Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menerusi peguamnya telah bank draf RM250,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Namun menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, beliau kurang jelas tujuan pembayaran tersebut. Samada bayaran perpindahan atau untuk tujuan apa.

Memetik laporan Sinar Harian Online, jika bayaran RM250,000 berkenaan untuk selesaikan isu perpindahan Mat Yo maka ianya bukan jumlah yang KAFA mahukan. RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan KAFA kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan isu berkenaan.

mat yo dan tan sri annuar musa

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini. Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul. Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.”

Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

“Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan. Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.

Sambil menjadikan kes tuntutan kelab Al-Ahly dari Mesir dengan FC Sion (Switzerland) yang berjaya diselesaikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebagai rujukan, Annuar menjelaskan, isu perpindahan Mat Yo ke Johor Darul Takzim FC boleh diselesaikan sekiranya pihak berkenaan mengikut peraturan dengan betul.

Oleh itu, bayaran RM250,000 itu KAFA tak boleh terima dan akan tunggu sehingga pihak FAM beri keputusan nanti.

“Oleh kerana pihak FAM belum putuskan apa-apa, maka kita serahkan perkara ini kepada peguam Kafa. Kalau betul RM250,000 itu yuran perpindahan, itu tak logik sebenarnya. Macam mana satu dunia boleh berlaku transaksi pemain sehingga RM70 juta. Ia tak benar sama sekali dan jika kita rujuk peraturan Fifa, kos tersebut juga sebenarnya turut melibatkan kontrak lama dan baru pemain tersebut dengan pasukan baru,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.