Kontroversi Video ‘Panas’ – Sharifah Sakinah Akui Pernah Terdetik Mahu Lupakan Kerjaya Seni | Oleh kerana kontroversi yang seperti ‘sengaja’ diadakannya, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar teruk dikecam kerana memuat naik rakaman video kontroversi membabitkan dirinya yang didakwa berunsur lucah ke laman sosial popular, Keek milik pelakon Anzalna.

Video berkenaan ternyata mengundang pandangan negatif terhadap dirinya. Oleh itu, tidak hairan dia mendapat kecaman dan kritikan panas dek isu video Keek terbabit. Dek kerana kecaman dan kritikan berkenaan, Sharifah Sakinah mendedahkan dia pernah terdetik untuk melupakan saja kerjaya seni. Bukan sebab terlalu malu atau tekanan daripada pelbagai pihak yang mengkritiknya, sebaliknya rimas dengan situasi berkenaan yang menyebabkan dirinya dipandang negatif.

sharifah sakinah

Tetapi selepas dipertimbangkan semula, termasuk dinasihati ahli keluarga, Sakinah menyedari dia tidak boleh cepat melatah dan mengalah, mahupun bersikap memberontak kerana cara itu tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada dirinya. Kemudian dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Jelasnya, dia berasa lebih tenang selepas berbuat demikian.

“Sekarang emosi saya baik saja, tidak terganggu lagi selepas buat permohonan maaf secara terbuka. Kak Shira memang antara individu yang suka menyakat saya dengan bertanyakan soalan, kalau tak berlakon, saya nak kerja apa. Dia pernah suruh saya jadi kru produksi dan macam-macam lagi.” Katanya yang dipetik dari laporan BH Online.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.