Keputusan Perlawanan Badminton Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Chung JS / Lee Yong Dae | Beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menyumbang pingat untuk negara apabila mereka kalah kepada beregu Korea Selatan, Chung JS / Lee Yong Dae. Kegagalan ini bermakna Datuk Lee Chong Wei adalah sandaran utama untuk pingat Olimpik pertama negara malam ini.

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong memulakan aksi bertenaga pada set pertama dan mencemaskan beregu Korea dengan asakan dan pertahanan yang baik. Namun mereka tewas tipis 21-23 kepada Chung JS / Lee Yong Dae setelah beberapa kali gagal dalam penentuan mata kemenangan.

Pada babak kedua, beregu negara seolah-olah mula hilang fokus dan beberapa kesilapan memberikan mata mudah buat beregu Korea. Akhirnya mereka menamatkan set kedua dengan keputusan 10-21 dan memberikan kemenangan untuk beregu Korea sekaligus memiliki Pingat Gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik London 2012.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.