Kopitian Didakwa Masak Katak Kena Serbu KPDNKK, JAIPP dan MPPP | Semalam akhbar Sinar Harian telah menyiarkan berita mengenai pekerja sebuah kopitiam di sebuah bandar di Pulau Pinang yang memasak dan memakan katak di dapur. Ianya telah mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)  yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.

Serbuan dibuat jam 2.30 petang. Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan 15 kompaun serta-merta. Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.