Memang menjijikkan. Itulah hakikatnya benda yang terpaksa kita telan/makan secara tak sengaja. Konfom kalaulah kita tahu benda tu macam ni, mesti kita tak boleh makan apa-apa kan. Makhluk halus ni memang secara senyap-senyap telah memasuki tubuh kita tanpa kita sedari. Apa silap kita dan apa yang mereka mahukan daripada kita pun kita tak tahu. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Ammboi nak beritahu korang, wajah mereka sangat menggerunkan!!!

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Bayangkan kalau kita memang malas mengemas tempat tidur maknanya kita memang tidur dengan jutaan dari kalangan makhluk ni la. Best dok sedap-sedap mimpi siap menjilat bantal lagi rupa-rupanya……aaaaaaa. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal. (pastikan alcataz ko tu normal ke tak…hihi)

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali. Haaaa..pada sesiapa yang minat kucing tu ahti-hatilah. Terutama sekali si Teror tuh!

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda dan juga blogger penggemar roti kita ni si c2u membungkus roti anda dengan kemas.

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan? Memang tak kiut. Tapi memang korang dah makan benda ni..Hahahaha… >>>>Termasuk kau jugakla si boi (panggilan manja kak Rafinamimi)

p/s : artikel ini merupakan petikan email ammboi dan telah ammboi buat susunatur semula. tq..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.