Nampaknya isu pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda. Masih ada pihak yang tertanya-tanya mengenai kes berkenaan. Ammboi pun mengharapkan sumber media sosial untuk mengetahui perkembangannya.

Kronologi sebenar kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat – Kalau sebelum ini ammboi ada lampirkan satu LAPORAN POLIS (sebagaimana didakwa) mengenai kes berkenaan, kali ini ada juga KRONOLOGI SEBENAR apa yang berlaku di Plaza Low Yat.

KRONOLOGI SEBENAR KEJADIAN PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT

Ia masih belum rasmi, namun ammboi sertakan juga disini sebagai makluman bersama. Anda boleh baca sepenuhnya dibawah:

Assalamualaikum YDH Dato’/Tuan/Puan

Berikut merupakan kronologi sebenar kejadian pergaduhan di Low Yat, KUALA LUMPUR.

Pohon pihak Tuan/ Puan agar memastikan perkara ini diviralkan ke pihak lain dan beri penerangan kejadian sebenar terutamanya kepada NGO Melayu serta masyarakat umum.
KRONOLOGI INSIDEN PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT, KUALA LUMPUR

1) Pada 11 JUL 2015, jam 1650, tangkapan (2) lelaki Melayu di Kedai Tech Asia Sdn Bhd Boutique, lot K021, UG Floor, Plaza Low Yat, KUALA LUMPUR oleh orang awam dan diserahkan kepada pengawal keselamatan. Butir-butir tangkapan seperti berikut:-

a) Nama : SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ
No. KP : 930515-08-6247
Alamat : No. 14-0-2 Kelumpuk Sunding Malam C, Jalan 20/56 Ampang, Ulu Klang, KUALA LUMPUR
Umur : 22 Tahun

b) Nama : MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN
No. KP : 930122-14-5947
Kerja : Kontraktor TNB
Alamat : No. 10-1-3 Kelompok Tempua B9/56, Ulu Klang, KUALA LUMPUR
Umur : 22 Tahun

Siasatan Polis dengan rakaman CCTV mendapati suspek telah melarikan telefon bimbit dan mengaku mengambil dadah sebelum pergi ke Low Yat Plaza. Kenyataan yang diambil dari pekerja kedai berkenaan mengesahkan kedua-dua suspek telah datang ke kedai terbabit dan berbincang untuk membeli telefon terbabit Semasa perbincangan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan pembelian telefon bimbit jenama Lenovo S860 pada harga yang ditawarkan. Ketika jurujual terbabit leka mengambil free gift, suspek telah melarikan diri bersama telefon bimbit terbabit. Jurujual telah menjerit dan Berjaya menagkap suspek melalui orang awam dan menyerahkan kepada pihak pengawal keselamatan dan diserahkan pula kepada pihak polis.

Kedua suspek kemudiannya telah dibawa ke IPD DANG WANGI untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ telah mengaku mencuri telefon bimbit terbabit dan kini direman selama 3 hari dibawah Seksyen 379 KK. Manakala MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN telah dibebaskan. THSL 23347/2015 dan THSL 23377/2015 berkaitan.

2) Pada hari yang sama, jam 1940, seramai 7 lelaki Melayu dipercayai rakan suspek yang diketuai oleh MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN telah pergi ke tempat yang sama dan bertindak menyerang para pekerja kedai terbabit dan merosakkan peralatan di kedai tersebut. Dalam kejadian tersebut,kedua-dua kumpulan Melayu dan Cina saling berbalas serangan. Semasa kejadian terdapat anggota polis serta beberapa pengawal keselamatan bangunan bertugas di sana tetapi mereka telah mengambil tindakan bagi meredakan keadaan. Diwaktu yang sama, banyak pihak yang ada di tempat kejadian telah merakamkan insiden pergaduhan melalui telefon bimbit masing-masing. Mungkin ini telah diviralkan oleh pihak tertentu dengan memberikan versi yang berlainan. Dalam pada itu, pihak NTV7 telah mula menyiarkan berita tentang insiden pergaduhan di Low Yat dengan memberi gambaran kononnya suspek telah ditipu oleh peniaga terbabit dengan menjual telefon bimbit klon dan suspek kononya telah dihalau dan dihina sewaktu menuntut telefon bimbit yang ‘original’. Dalam kejadian ini, MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN telah ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis THSL 23377/2015 di bawah Seksyen 147 KK dan 427 KK. Hasil siasatan mendedahkan bahawa MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN mengaku memutarbelitkan cerita tentang insiden berkenaan mencetuskan scenario seolah-olah suspek telah dianiaya. Ekoran daripada kejadian ini, anggaran kerugian yang di pihak kedai terbabit dianggarkan sejumlah RM 70,000.

3) Pada 12 JUL 2015, jam 1744 terkesan penyebaran di laman sosial dalam kalangan NGO Melayu yang menyeru supaya orang Melayu berkumpul beramai-ramai di hadapan Plaza Low Yat selepas berbuka puasa sebagai tanda tidak puas hati terhadap insiden pada 11 JUL 2015 yang mana lelaki Melayu ditipu dalam urusan jual beli telefon dan dipukul. Pada waktu yang sama, telah diviralkan juga gambar seorang lelaki Melayu dalam keadaan cedera parah kononnya akibat dipukul. Hasil siasatan mendedahkan gambar tersebut tidak ada kena mengena dengan insiden terbabit dan merupakan insiden ragut di SHAH ALAM. Pihak E2 KUALA LUMPUR telah mengesahkan maklumat terbabit dan PEKIDA telah mengarahkan ahli-ahli berbuka di Kg Baru dan bergerak ke Plaza Low Yat bagi melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan berhubung insiden terbabit. Maklumat ini telah dipannjang ke pihak KPD untuk tindakan pencegahan sewajarnya.

4) Pada 12 JUL 2015, jam 2015, seramai 70 ahli-ahli NGO Melayu yang dipercayai termasuk ahli-ahli PEKIDA diketuai ALI bin BAHAROM @ Ahli Tinju, Presiden Persatuan Veteran Melayu, Ayahanda WAN REPO, PEKIDA KERAMAT, Ayahanda AZAM dan Ayahanda ONN telah mengadakan satu perbincangan di luar Restoran Nasi Kandar Arraziq, Jalan Bulan ( hadapan pintu masuk Plaza Low Yat) bersama DSP GUNALAN KBSJD IPD DANG WANGI. DSP GULAN telah menerangkan fakta kes berkaitan tangkapan pada 11 JUL 2015 adalah bersabit kes curi telefon bimbit bukan kes penipuan pembelian telefon bimbit. Kumpulan NGO dan menerima dan bersetuju dengan penjelasan oleh DSP GUNALAN. Dengan kebenaran DSP GUNALAN, seramai 20 orang NGO yang hadir diketuai oleh Ayahanda ONN telah memasuki kawasan ruang legar Plaza Lowyat untuk meninjau tempat kejadian tiba-tiba orang yang tidak dikenali telah membaling sebuah telefon bimbit (display set) dari tingkat atas ke arah kumpulan tersebut. Insiden ini telah menimbulkan provokasi menyebabkan penyokong di luar cuba merempuh masuk namun berjaya ditenteramkan oleh pihak polis dan ketua-ketua NGO yang hadir. Atas nasihat polis,pada jam 2230, kesemua mereka yang berkumpula telah bersurai.

5) Pada 12 JUL 2015, menjelang tengah malam, kumpulan bermotosikal seramai (70) dipercayai sekitar daerah Kampung Pandan, Keramat, Ampang dan Kampung Baru telah datang semula dan berkumpul di hadapan Plaza Low Yat. Mereka engkar arahan polis untuk bersurai sebaliknya telah bertindak menyerang beberapa lelaki Cina yang berada di kawasan tersebut. Seramai 4 orang lelaki Cina iaitu 3 wartawan dan 1 awam mendapat cedera dipukul kumpulan terbabit manakala sebuah kenderaan dirosakkan. Dalam kejadian ini, KP KL turut berada di tempat kejadian di mana beliau telah menasihatkan oleh orang awam supaya bertenang dan bersurai. Selain daripada itu, KP KL telah memanggil bantuan FRU disamping membuat OPS TUTUP di jalan-jalan utama. Kumpulan perusuh telah bersurai pada jam 0430. Dalam kejadian kali ini, seramai 17 orang lelaki Melayu telah ditangkap dan kini telah ditahan di IPD DANG WANGI untuk membantu siasatan. Tiada laporan polis dibuat dan proses dokumentasi masih berjalan.

Rumusan

Isu utama kejadian di Plaza Low Yat telah disahkan berpunca daripada kes jenayah mencuri telefon bimbit yang dilakukan oleh SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ dan diakui sendiri olehnya kepada polis. Hasil siasatan polis, dibuktikan dengan rakaman CCTV mengesahkan bahawa kejadian curi berlaku. Isu resit seperti mana yang telah diviralkan dalam media sosial tidak wujud langsung dalam siasatan pihak polis. Untuk mengukuhkan lagi fakta ini, perkara ini telah dijelaskan kepada wakil NGO yang hadir oleh KBSJD DANG WANGI dan telah diterima mereka.

Mengenai insiden serangan pertama pada 11 JUL 2015 adalah dakwaan MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN yang menghasut rakan-rakannya menyerang kedai terbabit kononnya mereka telah ditipu dalam urusan pembelian telefon bimbit.

MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN individu yang ditangkap bersama suspek utama kemudiannya telah dibebaskan, bertanggungjawab memutarbelitkan fakta sebenar punca kejadian tersebut. Beliau telah menghasut rakan-rakanya untuk menyerang dan merosakkan harta benda di kedai berkenaan. Beliau juga bertanggungjawab memberi gambaran yang bercanggah punca sebenar kejadian tersebut. Pihak polis sedang berusaha mengesan beliau dan rakan-rakan yang lain untuk tujuan tangkapan dan pendakwaan.

Adalah disyorkan, pihak KP KUALA LUMPUR perlu mengadakan sidang media bagi menjelaskan insiden yang berlaku agar masyarakat awam jelas mengenai punca kejadian. Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri akan mengadakan lawatan di sekitar tempat kejadian dan ini akan mengendurkan ketegangan semasa. KP KUALA LUMPUR masih meneruskan langkah-langkah pencegahan.

Anda boleh terima? Pada ammboi, selagi bukti resit pembelian tidak disertakan, pemuda berkenaan nampaknya berada dipihak yang salah. Ammboi harap, orang ramai bertenang dan biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan dengan sebaiknya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.