Kubur Misteri Di Tanah Perkuburan Jalan Hamzah? | Tiba-tiba pula kecoh mengenai kubur misteri yang digali tanpa kelulusan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah. Mengikut kata penduduk kampung, tanah perkuburan berkenaan sudah lama tidak digunakan mereka semenjak tahun 1965 lagi. Macam mana boleh ada kubur baru pula kan.

Jadi, penduduk kampung telah membuat laporan polis. Berdasarkan siasatan pihak polis, mereka telah menemui bungkusan pasir dalam kubur berkenaan yang digali dengan kedalaman 1.07 meter dan panjang 2.1 meter serta lebar 0.9 meter. Menurut pihak polis ada sebanyak 31 bungkusan pasir ditemui tertanam di dalamnya dan setiap bungkusan pasir tersebut ditandakan dengan nombor bermula dari nombor 1 sehingga ke 31.

lubang kubur misteri jalan hamzah

Kata polis lagi, ada orang awam melaporkan mereka melihat dua lelaki bermotosikal membawa bungkusan dan menggali lubang di kubur tersebut pada malam hari. Selepas digali, kesemua bungkusan pasir tersebut diserahkan kepada kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

kubur misteri jalan hamzah kota bharu

Ammboi agaklah, mungkin ada unsur-unsur pemujaan ni. Sebab kata seorang pengamal perubatan Islam dalam laporan Sinar Harian, Shamsuri Shafie berkata, beliau tidak menolak kejadian tersebut mengandungi unsur-unsur kurafat dan tujuan pemujaan. Menurutnya, selain itu kebanyakan mereka yang menjalankan aktiviti tersebut melakukannya di tanah perkuburan lama bagi tujuan pemujaan. Beliau yang merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam At- Tobibi, Nilai, Negeri Sembilan itu menasihati orang ramai supaya menjauhi aktiviti tersebut yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

p/s: Tak sangka juga ada lagi kes macam ni.. Apapun kita tunggu siasatan pihak forensik, kot-kot ada penemuan lain yang lebih misteri?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.