Kurang Manis Bercerita Mengenai Hans Isaac – Neelofa | Neelofa tidak mahu lagi mengulas mengenai kisah hubungannya dengan Hans Isaac. Baginya ia adalah satu bentuk tindakan yang kurang manis. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, kekerapannya bercerita mengenai hubungan mereka boleh mengundang persepsi yang buruk dan tidak adil buatnya kerana lelaki itu jarang membuka mulut mengenai hal mereka selama ini.

“Kalau boleh saya sudah tidak mahu beri apa-apa kenyataan berhubung kisah saya dan Hans lagi. Sebagai gadis Melayu, saya anggap tindakan itu kurang manis dan tidak adil bagi pihak saya. Sejak awal-awal lagi, cuma saya yang banyak bercakap mengenai cerita (hubungan) itu sedangkan dia hanya berdiam diri. Rasa tidak seronok juga apabila saya sahaja yang buka mulut,” katanya dalam portal mStar Online, baru-baru ini.

Neelofa juga menjelaskan, hubungan mereka yang bermula sejak beberapa bulan lalu masih berjalan seperti biasa. Dia dan Hans masih berkawan seperti biasa dan tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Hans juga baru sahaja melalui kejadian sedih selepas kehilangan ibunya baru-baru ini. Jadi Neelofa tidak mahu mengusutkan keadaan dengan cerita remeh-temeh sebegini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.